Sunday, September 20, 2015

Petua Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Petua Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Siapa kat sini ada mengalami masalah rambut gugur? Nak tahu tak apa punca dan petua rambut gugur? Masalah ini sering kali terjadi pada individu yang kian meningkat usia.


Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan.
Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka.

Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
Jadi seeloknya kurangkan guna bahan-bahan kimia yang boleh merosakan struktur rambut.




2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita).
Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.

Punca berlakunya perubahan hormon mungkin juga disebabkan Gaya pemakanan yang tidak terkawal. Mungkin wanita boleh ambil apa-apa suplement atau jangan terlampau stress untuk menstabilkan hormon anda

3-Faktor seterusnya adalah genetik.
Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.

4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar.
Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Tips mudah untuk pastikan aliran darah lancar di bahagian rambut ialah mengurut kepala sekali sekala atau semasa bershampoo



Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala.
Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda.
Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam.
Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya.
Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya.
Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun.
Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata.
Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.



Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus.
Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya.
Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman.
Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut.
Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.



Saya kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesui untuk dicuba boleh cuba yea. Saya pun nak cuba juga. Sayang rambut gugur. Lagi satu takut botak(tak ada rambut) pula.



Tapi ingin saya kongsikan juga produk hebat yang boleh mengatasi rambut gugur. Caranya ialah dengan mentitiskan concentrated mineral drops (CMD) semasa anda bershampoo.

Telah terbukti petua ini sangat mujarab untuk mengatasi rambut gugur. CMD adalah produk dari syarikat revell global sdn.bhd yang kaya dengan  72 jenis mineral galian pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh.

Setelah pengambilan secara konsisten dapat membantu anda mencapai kesihatan optimum seawal 2 minggu.

Dengan mengunakan CMD Revell ia BUKAN SAHAJA dapat membuang toksin dalam badan,  membekalkan nutrien, ianya juga terbukti dapat membantu masalah penyakit dalaman dan luaran yang lain seperti dibawah, termasuklah masalah keguguran rambut.


Jom lihat testimoni- testimoni yang berjaya mengurangkan masalah rambut gugur dengan amalkan titisan pati mineral CMD bersama dengan shampoo












Dapatkan Segera sebelum Promosi TAMAT

100% ORIGINAL


Anda boleh menghubungi saya di:

  Facebook : Imah Hmie
  Whatsapp/Call: +60199278721

Penghantaran adalah melalui poslaju




SETIAP ITEM YANG DIHANTAR AKAN SAMPAI
KEPADA PELANGAN DALAM TEMPOH 1 KE 3 HARI.

5 comments:

  1. Lidah buaya memang selalu digunakan untuk buat rambut lebat. Ingat masa kecik-kecik dulu, bila nak petang je sapu lidah buaya kat rambut. hiihih

    ReplyDelete
  2. Lidah buaya memang selalu digunakan untuk buat rambut lebat. Ingat masa kecik-kecik dulu, bila nak petang je sapu lidah buaya kat rambut. hiihih

    ReplyDelete
  3. banyak pilihan untuk pengguna cuba untuk perbaiki masalah

    ReplyDelete
  4. Petua yang menarik tu. Kalau malas guna aja yang sudah sedia ada...

    ReplyDelete
  5. harini macam-macam produk ada. tinggal nak guna sahaja

    ReplyDelete