Tuesday, November 28, 2017

Bercuti ke Langkawi 19hb -21hb Nov 2017

Bercuti ke Langkawi 19hb -21hb Nov 2017

Alhamdulillah baru berkesempatan nak tulis sikit tentang percutian kami sekeluarga ke Langkawi. Alah dekat je..yang penting kami happy, dapat luangkan masa bersama keluarga kecil kami. Kami ke sana sebelum dari cuti sekolah bermula. Memandangkan minggu tersebut adalah seisi hujung minggu akhir sebelum cuti sekolah bermula, untuk mengelakkan trafic jem orang-orang yang nak ke langkawi.  So kami pegi sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ini adalah kali ke tiga ke sana, sajalah bawa anak jejalan, kami pun dah lama tak jalan jauh, almaklumlah anak kecik lagi.

Pergi kesana tak booking hotel apa2, nak tempah hotel awal pun kena lah kena dengan lokasi, kang book awal dapat pula hotel x berkenan, kan tak best. So pasai hotel kami gamble aje, p sana baru servey dan bayar hotel. Almaklumlah minggu tu, bukan time cuti sekolah, harap adalah hotel yer. Bab kete, kami book dulu, search internet, and deal dengan onwer kete kat sana secara whatsapp online2 aje, bayar booking , sampai langkawi terus ada transport, so tak pening lagi. Lepas tu baru cari hotel. Pasai kete jangan risau, memang banyak onwer yang akan offer, tapi eloklah servey dulu, banding-bandingkan harga, dan tengok dulu kete mana yang owner nak bagi, minta gambar kete. Kang tak pasai-pasai dapat kete mahal, or tak elok.

kat sana memang banyak gambar kami ambil, ne sebahagian aja...tak larat nak save banyak2, cukup la hat bawah ne jadi kenangan.








Ne gambar masa nak pergi dan sampai, dari penang ke kuala kedah, naik ferry yang ada tiap sejam sekali, perjalanan 1 jam 30minit, Alhamdullilah sampai juga.








Dari jetty langkawi dapatkan kereta, kmai ambil saga baru minyak memang jimat dong, terus drive ke pantai cenang, nak cari hotel berdekatan. kami duk AB Motel memang sebelah pantai, petang tu boleh la ber sunset view dan mandi pantai. Tapi sebelum tu  masa masih panjang....Jom pergi underwater world....Tengok ikan-ikan, memang banyak ikan wow...best...macam KLCC underwater world...









Mandi manda...riang gembira...







hari berikutnya, Naik kete kebel...wajib pergi...banyak lagi tempat menarik kat situ...














Muzium 3d...kat bawah area kete kebel...wajib masuk..











Padang mat sirat, makam mahsuri



Dataran lang pula pergi malam tu, amboi lenguh sungguh, kaki...elok pergi malam, tak panas, ada air pancut warna warni, kalau pergi siang, panas dan susah parking...




Shopping coklat n else di haji ismail, then balik ke kuala kedah singgah alor setar makan tengahari dan pergi pekan rabu, borong pekasam...

Sekian............3 hari 2 malam...



::anda tentu meminati::




~~ terima kasih kerana mengunjungi blog ini ~~



No comments:

Post a Comment