Tuesday, June 19, 2018

Harapan Malaysia Baharu dari Pandangan Kak Jelita

Harapan Malaysia Baharu dari Pandangan Kak Jelita


PRU14 telah lama berlalu, kini sudah lebih sebulan pilihanraya berlalu, masih ada lagi tanda berbekas dikuku jari, dihati dan disanubari. Perasaan bercampur baur, gembira ada sedih pun ada teruja ada tersemangat pun ada. Gembira kerana malaysia telah mengankat sekali lagi pemimpin yang kak Jelita hormat sanjung dan kagum iaitu TUN M. Siapa tak kenal tun M? Dia lah pm yang membangunkan Malaysia dari segenap sudut. Kak dulu kecik lagi time tu tengah sekolah sekolah rendah menengah lagi...kak nampak pembangunan infrasuktur, pendidikan, ekonomi, teknologi internet digital dan pelbagai. 


Sedih pun ada sebab kak Jelita juga terasa kos sara hidup makin meningkat sejak-sejak pm Najib ambil alih, semua aset dia jual, banyak skandal tak diperjelas, gaya hidup mewah yang tak logik akal dia boleh dapat sedangkan gaji pm kalau takat 20 k ++ kumpul-kumpul pun takkan boleh semewah king...lain la kalau meniaga..itu tak pa...ne makan gaji ja pun...dah boleh mewah-mewah melampau..orang bodoh je boleh percaya yang boleh mewah-mewah sebab menabung dari kecik...Sedih juga sebab Kak jelita perasan, malaysia agak mundur tak berkembang...tarikan pelancong pun kurang, Malaysia ne kalau diikutkan banyak air terjun yang boleh dibangunkan untuk jadikan kawasan tarikan pelancong, banyak pantai yang boleh dicantikan untuk jadi tempat pelancong, banyak pulau yang tak dibangunkan, tak da chalet2 segah semacam negara2 luar yang buat untuk dijadikan daya penarik pelancong.

 Dari segi makanan pun akak Jelita rasa kene improve, susahnya nak cari tempat makan yang cantik, tersusun , exclusive, murah dan sedap. Kalau boleh tiap-tiap negeri kene letakan dalam peta pelancungan tempat makan yang dicadangan untuk pengunjung cari untuk meraikan kepelbagaian makanan malaysia. Dari segi produk-produk tempatan kak Jelita rasa , produk buatan malaysia amat kurang dari segi makanan yang boleh dibawa pelancong balik ke negara mereka, baju made in malaysia pun kurang, cenderamata made in malaysia pun kurang...tak dicetak pada produk untuk mengatakan produk tersebut adalah buatan malaysia, 

Kak juga perasaan yang kita kurang kilang yang buat produk-produk macam kilang jepun yang macam daiso tu..@ diy...kita lihat macam-macam produk dikedai sebaneka tersebut. Cuba pula kita bandingkan dengan negara kita...kita tak ada atau tak ada barang/produk sendiri..contoh mudah..dari segi mainan budak, alatan dapur, kain, baju , perkakas elektronik memang malaysia tak banyak kah keluarkan produk sendiri? Kak JELITA pelik...Malaysia ne sememangnya kaya dengan sumber pokok ada, tenaga manusia ada, tanah ada, internet pun ada
cubalah dari segi pokok tu kita pelbagaikan keluaran..keluarkan pasu, tanah, perkakas pertanian, hiasan bunga-bungaan...yang made in malaysia...
dari segi tenaga manusia ne...apa lagi anak-anak malaysia oiii...kalau malas kerja banting tulang keluar opis, hangpa ada telipon, ada internet...hangpa picit2 handpon p la promote barang..jual barang kat fb ke IG ke..belajar cara nak deal dengan customer melalui online offline, belajar cara nak transfer duit secara online, belajar cara nak pos barang, bungkus barang...

Klau jenis suka guna tenaga...boleh bertani, menternak ..@ kerja opis...krja ada mana-mana aja,  anak2 oiii...kalau semua rajin...kita boleh kurangkan kebanjiran bangla, pakistan, indo, myanmar tu rimas giler kak jelita tengok, macam duk kat negara asing pula jumpa puak-puak ne...

Malaysia kaya dengan sumber kayu kayan, balak, tapi kak jelita perasan kita tak da pulak kilang perabut? rugilah kalau kita tak keluarkan hasil eksport berkaitan dengan bahan dari sumber kita sendiri..

Malaysia juga subur tanahnya..kita boleh tanam apa sahajasemua naik jadi hasil anggur hidup, kurma pun hidup, strawbery pun hidup ...tapi kenapa ya..kita perlu import sayur, buah? kita sendiri boleh tanam , kalau tak ada tanah..kita ada kaedah hydroponik...tak ada lagi alasan untuk kita import barang basah ini..

sumber makanan ayam daging kita boleh bela..kita ada tanah yang luas, makanan untuk haiwan ternakkan yang subur..kita boleh usahakan untuk membekalkan sumber makanan untuk kelangsungan hidup rakyat kita..

ok...kak nak sentuh bab edagang, atau jualan secara online...kebanyakan kita kat malaysia sudah ada kesedaran untuk promote / jual barang secara online melalui FB/ IG namun kak jelita rasa belum cukup international kalau nak banding dengan negara lain. kITA kurang produk untuk diketengahkan yang banyak sekarang adalah produk kecantikan dan kesihatan yang tersekat jualan hanya sekitar negara kita sahaja. Kak cakap macam ne sebab akak sendiri telah menerima permintaan dari customer luar negara contoh singapura, indonesia, brunei menyataan nak beli barang , tapi tak boleh nak pos ke negara luar sebab hanya tau nak guna poslaju / gdex/citylink/  untuk cover kawasan sekitar malaysia sahaja. SO ini adalah kerugian untuk pertukaran aliran mata wang..sebab terlingkup jualan sekitar malaysia sahaja, malahan ramai juga pengusaha produk kecantikan @ kesihatan import barang dari thai yang lebih murah untuk dijual secara meluas ke pasaran malaysia, tapi produk kita sendiri tak berpeluang untuk dikembangkan dari segi penjualan ke peringkat antarabangsa..

Kita juga ada medium online seperti lazada, 11st street, shopee, kita boleh tingkatkan jual disitu, namun produk keluaran kita seperti pakaian, mainan, alatan dapur, hiasan, barang elektronik, gadjet, makanan belum pasti dari segi keluaran, konsistensi keluaran, dan pengurusan untuk  dipasarkan jika ada permintaan..

wah banyak sungguh pandagan kak jelita...ne hanyalah pandangan peribadi yang tak berapa bijak sangat, tapi kut boleh pakai , harap pemimpin-pemimpin ambikla...

yang penting najib telah jatuh, lihat najib umpama kak lihat puaka, najis yang tak boleh dipakai, dibentuk, harap dengan ada nya kerajaan baru dapat membawa sinar pada malaysia baharu..

apa guna BRIM jika rakyat masih susah...kak rasa elok banyak peluang perkerjaan dari bagi duit, buat orang joli...
APa- apa pun kene usaha...lebih..yang kerja tangkap ikan p tangkap ikan banyak-banyak bagi turun skit harga ikan , kalau lebih hasil buat ikan kering, atau kalau lebih lagi buat kilang untuk kita sardinkan ikan-ikan @ buat sejuk beku packing cantik-cantik...Kapal-kapal nelayan kena la hangpa usaha beli canggih-canggih, belajar cara nak detect ikan , sokong ada kat mana,...nak makan sea food pun pikiq 2 3 kali sebab harga mahal..

apa guna projek mega, kalau interest mahal..cekek darah, bilion bilion , takde kautim ke dengan kompeny lain yang deal harga cantik...

KESEDIHAN MELAMPAU BILA NAJIB BUAT TAIK SEMUA RAKYAT KENA TANGGUNG...




No comments:

Post a Comment