Sunday, June 24, 2018

Lata Bukit Hijau : Air Terjun Negeri Kedah yang Diabaikan

Lata Bukit Hijau : Air Terjun Negeri Kedah yang Diabaikan


Bila sebut sahaja Bukit hijau, terbayang keriangan masa kecil semasa mandi manda bersama family dan rakan remaja tahun 90 an dahulu. Bukit hijau terletak didaerah Baling, Kedah. Anda boleh goggle maps, lokasi kawasan tersebut. Sememangnya sudah lama tak pergi bukit hijau, sebab lepas sekolah menengah tahun 90an dulu, sambung study pastu keja pula. Dekat 17 tahun tak pergi tengok atau mandi kat bukit hijau ne. Bertambah pula dengan keadaan hidup yang sibuk dengan kerja, anak2, yang lebih gemar spent weekend di shopping mall, bila lapar makan kat kedai -kedai sekitar atau restoran. Kini juga ada banyak theme park pelbagai, beach-beach yang menarik sekitar kawasan UTARA yang boleh dikunjungi untuk menghabiskan masa pada waktu weekend.

Al kisah pada suatu weekend, plan nak habiskan cuti, kita mandi manda lah pula dikawasan air terjun lata bukit hijau. Pada suatu masa dahulu, bukit hijau adalah kawasan tumpuan untuk mandi manda. Pengunjung ramai, pengerai ramai, hingga penuh parking. Kawasan ini telah dicantikan, dibangunkan, tapi kini disia-siakan.   






Keadaan sekarang sudah suram, tak ramai lagi pengunjung, lenggang, kurang orang jual di stall makan yang disediakan. Kawasan tersebut telah usang tanpa pengurusan, seolah-olah ditinggalkan, tidak ada penyelenggaraan, tiada sapa pedulu, tiada orang mahu mandi manda dan beseronok lagi seperti dahulu. Tak tahu apa puncanya, namun saya harap kerajaan negeri kedah boleh buka tender untuk dibangunkan lagi kawasan bukit hijau yang berpotensi sebagai kawasan tarikan pelancong bagi merancakan ekonomi negeri Kedah dan penduduk setempat..

- cadangan pembangunan tanpa modal besar...

Penduduk sekitar kampung tubuhkan jawatan kuasa/exco untuk memajukan kawasan ini

exco makanan - fokus pada pengerai untuk masak makanan sedap, bersih, tempatan, untuk pengunjung makan.
fokus pada makanan yang boleh diborong/bungkus bawa balik oleh pengunjung 
Fikirkan makanan yang sedap, signature malaysia dish untuk tarikkan pengunjung 
Sewakan stall mini/booth untuk dibuka gerai makanan


exco kebersihan - fokus pada kebersihan pada kawasan air, gerai, tempat parking, landscape, sediakan tong sampah yang sentiasa diselenggarakan, dan enforce pengunjung untuk buang sampah/kemas sampah mereka untuk buang ditempat yang disediakan

exco penginapan - fokus pada keperluan penggunjung tempatan dan oversea yang menginap di chaley, hotel sekitar kawasan ini

exco aktiviti - fokus pada pengendalian aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di area bukit hijau contoh jungle tracking, family camping, spa, agro camping, survival innovation bila berada dihutan (bacaan kompas, buat unggun api, cara nak menanam pokok, kesedaran untuk memulihara pokok, cara baca peta, kenali makanan/herba yang boleh dimakan jika tersesat. 

exco maintainace - fokus pada proses pembaikan kerosakan pada alatan elektonik, kemudahan trek, kemudahan kedai, parcking, 

exco cenderahati - fokus pada produk tempatan yang boleh dibeli / dibawa balik oleh pengunjung tempatan/ oversea contoh keychain/photobooth/caps/hat/mat/sunglasess/cup/fan, animal/shirt/ yang ada cop made in malaysia@ lata bukit hijau, dan sentiasa fikir produk unik untuk pelanggan beli sebagai tarikan 

malaysia kaya dengan alam semulajadi, tak perlu cari kerja jauh2 untuk dapat duit, gunakan apa yang ada untuk survival ekonomi tempatan

Say no to rasuah, fikir kemajuan untuk bangsa malaysia...
gajikan rakyat malaysia untuk kepentingan malaysia...


Sekian dari kak Jelita.........


::anda tentu meminati::



~~ terima kasih kerana mengunjungi blog ini ~~


No comments:

Post a Comment