Jamu Lepas Bersalin : Mana yang Bagus?
Pengambilan jamu lepas bersalin dianggap sebagai salah satu aspek yang penting dalam amalan berpantang. Pemilihan jamu lepas bersalin yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mengembalikan semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota badan selepas proses kehamilan dan melahirkan yang amat menjerihkan. Ibu-ibu boleh pilih untuk mendapatkan set bersalin lengkap atau pun add item tambahan untuk pemulihan badan secara menyeluruh.
Jamu dikatakan berkhasiat untuk:
memanaskan badan, mengeluarkan angin
menguruskan perut, mengembalikan tenaga
melawaskan pembuangan air, mengeluarkan lemak dan toksin
mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan
mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur
Dikatakan apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan akan mula turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar daripada badan.
Ibu berpantang dinasihatkan mengelakan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk", memakan hidangan berminyak, meminum ais atau minum secara berlebihan kerana air yang berlebihan menyukarkan perut untuk mengecut.
Amalan turun temurun ini akan diwarisi oleh ibu, ibu mertua ataupun bidan kampung yang biasanya menggalakkan makan makanan herba seperti halia, kunyit, ulam atau jus kerana ia berkhasiat dan dipercayai dapat membantu mengecutkan rahim.