Pages

Tuesday, September 29, 2015

Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Simple dan Sedap


Dah petang pun sekarang, teringat kat rumah,  dapur belum berasap lagi, nak masak apa ya petang ne....

Malam ne harus masak sedap-sedap suami nak balik, nak makan....Aiseh macam biasa jom goggle resepi....

kat peti ais ada ayam, so kita masak resepi guna ayam...,resepi ayam masak merah simple lah..., sebagai menu utama,.Pergh dan terbayang dah bila resepi ayam masak merah dah siap....

memang terbaik.....kene lagi dengan telur dadar, masak lemak sayur bayam memang pembuka selera...ahah tu target resepi hari ini..


Gambar ini adalah hiasan semata-mata

Jom tengok resepi ayam masak merah simple:


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan 

250 ml air sebagai kuah
3 biji tomato - belah 4 atau boleh guna tomato puri atau sup tomato...

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis

Bahan bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar


Cara-cara nak buat resepi ayam masak merah simple 

1.Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
2.Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. 
4.Apabila minyak sudah panas,kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) , tomato puri atau sup tomato dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips:
Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya


Ahah..akak-aka...adik-adik...apa tunggu lagi , jom masak, cari bahan-bahan dulu ya...

No comments:

Post a Comment