Pages

Thursday, September 24, 2015

Tips balik kampung dengan selamat

Tips balik kampung dengan selamat

Hari ni pasti ramai dah balik kampung masing-masing kan..seronoknya bila berada kampung. macam-macam juadah mak ayah akak dan abang prepared sama-sama kat kampung. Memandangkan hari ini hari raya aidil adha, jatuh pada hari khamis 24hb9, pastu esok jumaat, pastu lusa pulak cuti sabtu-ahad, mesti ramai pun balik kampung kan,

Pada yang baru je, nak gerak balik kampung, boleh follow tips berikut untuk balik kampung dengan selamat:

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin
sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.





5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. Ini Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya yang paling utama.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek, tayar, lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan. Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat, serta pemandangan yang jelas.

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya


Selamat hari raya Aidil adha, selamat balik kampung

Salam penuh kemaafan,
@Fb:Imah Hmie
@Instagram:cmdrevell_kualaterengganu
@Wechat:suriabunga58


No comments:

Post a Comment