Pages

Sunday, June 24, 2018

Resepi Sup Ayam Sedap, Mudah dan Cepat

Resepi Sup Ayam Sedap, Mudah dan Cepat


Sup ayam adalah resepi signature mudah,sedap dan cepat untuk dimasak untuk hidangan tengahari, petang, dan malam. Bahan-bahan asas yang mudah dijumpai boleh membangkitkan selera pencinta makanan baik untuk kanak-kanak dan dewasa. Bahan dan cara masakan ini juga boleh digantikan ayam kepada daging , jika anda ingin masak sup daging. Jom review bahan mudah untuk resepi sedap, mudah, cepat ini.

Bahan bahan sup ayam:
1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi 
2 biji ubi kentang 
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak



Bahan Tumbuk/kisar sup ayam:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan hias sup ayam:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara resepi sup ayam:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.  BANCUH bersama air serbuk sup hingga pecah minyak.

2. Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk. 

3. Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk. 

4. Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup. 

5. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. 

Selamat mencuba. 


::anda tentu meminati::


~~ terima kasih kerana mengunjungi blog ini ~~



No comments:

Post a Comment