Kebaikan Chia Seed untuk Kuruskan Badan
Pernahkah anda dengar tentang kebaikan Chia seed? Jika anda baru nak amalkan chia seed jangan tersalah beli pula biji selasih sebab rupa bentuknya seakan-akan sama tapi tak serupa berbanding kebaikan chia seed. Perkataan ‘chia’ berasal dari kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.