Tips balik kampung dengan selamat
Hari ni pasti ramai dah balik kampung masing-masing kan..seronoknya bila berada kampung. macam-macam juadah mak ayah akak dan abang prepared sama-sama kat kampung. Memandangkan hari ini hari raya aidil adha, jatuh pada hari khamis 24hb9, pastu esok jumaat, pastu lusa pulak cuti sabtu-ahad, mesti ramai pun balik kampung kan,
Pada yang baru je, nak gerak balik kampung, boleh follow tips berikut untuk balik kampung dengan selamat:
1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.
2. Ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin
sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.