Monday, December 21, 2015

Tips kuruskan badan : minum air je

Tips kuruskan badan : minum air je

Hampir semua orang, kalau boleh nakkan berat badan ideal tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada banyak tips kuruskan badan yang boleh anda amalkan, tetapi yang penting ialah perlulah konsisten. Namun susah nak cari yang betul-betul sanggup konsisten walaupun telah diberikan beberapa tips kuruskan badan yang simple, sukar sekali nak ikut dengan betul, penuh dan konsisten. 


Sebagai contoh situasi Si A mempunyai masalah kulit, dan ia ternampak iklan produk kecantikan berasaskan kolagen Kcolly ~contoh okey...Si A ne pun beli la...minggu pertama memang excited guna...hari-hari dia guna, dibacanya label perlu minum air 3 liter sehari, 

OK la noted, hari pertama 3 liter, hari ke dua 3 liter, hari ke tiga, dan hari-hari seterusnya dah lupa nak sukat, air minum main hentam aje, minggu depan pulak dah kurang excited nak bancuh kcolly, Akhirnya tak dihabiskan Kcolly tersebut dan kurang minum air...Aiseh lepas tu berdendam dengan produk "kata produk ne tak berkesanlah padahal diri sendiri tak patuh tak komply atas ataran yang diberikan. Manalah boleh mendapat hasil yang bagus...



Ini juga saya nak ibaratkan pada anda yang ingin menurunkan berat badan, apabila memberi produk jangan hanya hangat-hangat tahi ayam, apabila diberi panduan cara penggunaan, tak difollow dan tak patuh pada jadual penggunaan produk yang anda beli atau pun tak menghabiskan produk yang dibeli dengan arahan yang betul...manalah nak dapat hasil yang diinginkan..

Ok hari ne akak nak share tentang cara mudah untuk kurus iaitu dengan rajin, banyak minum air. Air bukan sebarang air, air ini boleh menurunkan nafsu makan, membantu membakar kalori, menghasilkan efek kenyang supaya anda boleh kurus. Harus diingat walau apa pun tips kuruskan badan, anda perlu patuh, ikut arahan yang diberikan. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam aje, cuba lah follow ia sekurang-kurangnya sebulan. Barulah nampak hasil...

Minuman atau air yang membantu menguruskan badan

1. Teh hijau
Minuman ini menjadi minuman nombor satu untuk yang sedang menjalani diet. Teh hijau telah dikenali bertahun-tahun kerana kualitinya. Teh hijau dapat membantu membawa kesegaran tubuh dengan cara mengeluarkan kotoran dan lemak. 

Teh hijau juga boleh membantu untuk melawan kanser. Minum teh hijau 3-5 cawan setiap hari selama satu minggu, dapat menghilangkan 40 peratus lemak dalam tubuh.



2. Jus buah-buahan
Dengan meminum Jus buah (tanpa gula) ianya boleh membantu membakar kalori, menambah serat, lancarkan sistem penghadaman anda. Tetapi lebih elok juga anda makan begitu sahaja sebab bila mengunyah, akan meransang pergerakan otot dan boleh membakar sedikit kalori berbanding dengan hanya buat jus dan minum.

Contoh-contoh buah yang dicadangkan untuk anda ambil untuk kuruskan badan ialah:-

Epel: mengandung banyak serat yang dapat meningkatkan metabolisme dan membuat anda kenyang lebih lama.

Pisang: kaya akan serat larut yang dapat mengurangkan keinginan untuk makan makanan berat. 

Delima: mengandungi antioksidan yang dapat mengeluarkan toksin dari tubuh. Buah ini juga dapat membantu Anda untuk mengontrol nafsu makan. 

Betik: mengandung papain, enzim unik yang dapat mempercepat perjalanan makanan melalui usus. Ianya bagus untuk menurunkan berat badan.

Tomato: mengandungi Vitamin C dan likopen, yang dapat merangsang produksi cartinine, asam amino yang mempercepat proses pembakaran lemak.

Lemon: Mencegah pengumpulan lemak di tubuh, Membantu Proses Pencernaan, Membantu Keseimbangan pH Tubuh, Membantu Detox - Air lemon bersifat diuretik secara alami, yang artinya dapat membantu tubuh mengeluarkan racun bersama dengan urin atau kotoran sisa pencernaan.


3. Halia dan serai

Sememangnya air Halia dan serai telah digunakan secara turun temurun untuk nilai kesihatan. Antara khasiat yang anda dapat ialah Meningkatkan kadar metabolisme, Detoksifikasi, mengatasi gangguan pencernaan

Seeloknya anda perlu Rebus dengan mendidihkan selama 10 minit, untuk mendapat pati khasiat dari halia dan serai



4. Air Kosong

Dengan amalkan minum air kosong pun boleh membantu anda kuruskan badan. Air sememangnya penting untuk penghadaman, membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Sistem penghadaman yang baik, membantu individu menyah toksin kotoran yang ada dalam badan serta mengembalikan kesihatan keseluruhan badan termasuklah sistem metabolism anda. Bila penghadaman kita ok, lancar, baru lah cepat kurus 



Adakah anda minum air dengan cukup?

Haaa, ni soalan cepu emas, kebanyakan customer yang saya jumpa, yang berhasrat nak kurus memang liat, mengelat bab-bab nak minum air. Jika kurang minum air, makan apa pun suppement kurus memang tak jadi sebab badan kita tak boleh nak proses supplement yang diambil. 

Oleh itu memang saya nasihatkan pada anda yang yang kurus. Paling tidak pun kene minum air yang cukup hari-hari untuk melancarkan sistem penghadaman, membantu suplement yang diambil bertindak dengan baik didalam tubuh anda.

Sememangnya boleh kurus tanpa ambil supplement, tetapi bila ada suplement sekurang-kurangnya ia dapat memboosterkan, meransang, membantu mempercepatkan proses kurus...

Tahukah anda saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air atau lebih. Tiap dari kita perlu minum air mengikut carta dibawah.



Jika berat badan lebih, maka air yang kene minum pun lebih. Saya pasti yang tergolong dalam golongan yang mengalami masalah berat badan ialah antara 60kg ke atas, jadi anda kene minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 3 liter ke atas 

Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air kosong, air mineral dan lebih elok juga ada amalkan tips untuk minum minuman seperti teh hijau, jus buah-buah, rebusan halia, serai yang bagus untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, membuat anda rasa kenyang seperti yang akak sarankan diatas.


Sekarang, apa alasan anda untuk tidak kurus? senang aje kan hanya amalkan minum dengan cukup, anda pun boleh kurus ^_____^

Nak tahu apa lagi cara mudah nak kurus? Senang je, jom Click sini: Cara nak sediakan air detox untuk kurus cepat...




                                  ~~~~Terima kasih kerana mengunjungi Blog ini~~~~~


#kurus
#tipsdiet
#cmdrevell
#tipskurus
#carakurus 
#carauntukkurus 
#caracepatkurus 
#tipsuntukkurus 
#carakuruscepat 

#carakurusdengancepat 

No comments:

Post a Comment