Showing posts with label CMD: Merawat Gastrik. Show all posts
Showing posts with label CMD: Merawat Gastrik. Show all posts

Saturday, January 2, 2016

Gastrik: Tanda, Punca dan Rawatannya

Gastrik: Tanda, Punca dan Rawatannya

Gastrik adalah suatu masalah yang melibatkan bahagian perut. Ianya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. 

Apabila berlaku ketiadakeseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) boleh mengakibatkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) menjadi menipis, akhirnyamenyebabkan keradangan.