Cegah Penyakit Batu Karang dari Berulang
Penyakit batu karang memang perit kalau kena sebab sakit nak kencing. Penyakit batu karang boleh berlaku pada sesiapa sahaja tetapi banyak kes melibatkan kaum lelaki. Batu Karang boleh terjadi di dalam buah pinggang (Ginjal) ataupun hempedu. Buah pinggang berfungsi untuk menapisan bahan kumuh yang tidak diperlukan badan melalui air kencing. Batu karang boleh terbentuk dalam buah pinggang kerana air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik, sistein dan lain-lain.

