Showing posts with label Produk untuk Bibir. Show all posts
Showing posts with label Produk untuk Bibir. Show all posts

Friday, May 5, 2017

Bibir Cantik Memikat dengan Vaseline Lip Therapy

Bibir Cantik Memikat dengan Vaseline Lip Therapy

Wanita mana yang tidak ingin tampil cantik memikat? Semua bahagian mahu dirapikan, termasuklah bahagian bibir. Penggunaan lipstik, boleh menaikan lagi seri penampilan wanita yang memikat, namun sesetengah wanita ingin tampil natural tanpa warna lipstik bibir yang garang atau pekat. Ada wanita suka yang simple, yang nampak lebih natural, tapi tak mahu bibir nampak pucat. Oleh itu, saya syor anda oleskan bibir anda dengan vaseline. Vaseline kini mengeluarkan produk vaseline yang berwarna pelbagai untuk anda gunakan sebagai pelembab bibir, perawat bibir, pewarna bibir dan sekaligus menambahkan tarikan pada penampilan wanita yang mahu nampak menarik secara natural. Vaseline Lip therapy bertindak sebagai alternatif untuk anda yang kurang menyukai penggunaan lipstik. Vaseline Lip therapy ini adalah sebuah produk berbentuk gel atau semacam lip balm yang berfungsi untuk melembabkan bibir sekaligus mengatasi bibir kering.