Vsireh Atasi Masalah Keputihan Wanita
Keputihan wanita merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.
Keputihan normal berupa lendir yang keluar dari Miss V tu jernih, cair dan tidak diiringi dengan rasa gatal. Manakala keputihan tidak normal ialah lendir yang keluar dari Miss V berisfat putih pekat, kadang kala seperti nanah, berbau, dan diikuti dengan rasa gatal di kawasan Miss V.


