Tips Merawat Anak Demam Panas
Anak demam memang membimbangkan ibubapa. Demam panas perlu diubati segera kerana ianya berisiko mendapat sakit yang lebih teruk jika tidak diubati.Berikut ada sedikit tips merawat anak demam panas.
1. Lakukan Pemantauan Suhu Badan Anak
Sentiasa pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer. Elakkan mengagak dengan tangan kerana tangan beradaptasi dengan suhu sekeliling.
Jika menggunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang anda rasa dengan tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.
2. Tanggalkan Pakaian Anak, Elakkan berselimut tebal
Pada fasa permulaan deman, seelokknya di tanggalkan baju dan seluar anak atau jika anak sudah besar pakaikan ia dengan baju nipis yang selesa dan sejuk. Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik, sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.
Jangan sesekali membungkus atau mengenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan membuatkan si kecil berpeluh sekaligus menurunkan suhu badan.
Cara membungkus adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam adalah sukar mengeluarkan peluh.

