Tuesday, October 4, 2016

Petua Awet Muda dan Cantik

Petua Awet Muda dan Cantik

Setiap wanita impikan untuk kekal cantik dan awet muda walaupun berusia. Untuk itu anda perlulah amalkan petua awet muda dan cantik ini untuk menjaga kesihatan kulit untuk kekal muda, cantik dan sihat.  Biarlah angka bertambah setiap tahun...tapi anda ada cara untuk tahan supaya supaya kecantikan yang anda miliki sekarang tidak dimamah usia juga kesihatan pun terpelihara.


Jom amalkan petua awet muda dan cantik


1. Tidur awal dan masa yang tetap

Tidur awal waktu adalah penting, kerana rehat yang cukup membolehkan badan relax dan sel baru menggantikan sel-sel yang rosak dan mati. Tidur yang cukup juga mengelakkan mata anda mempunyai lingkaran gelap yg menampakkan anda lebih tua dari usia.

2. Minum air masak dengan banyak

Air adalah bendalir terbesar yg terkandung dalam badan manusia. Fungsi air dalam badan ialah membawa nutrien penting keseluruh badan sekaligus menjadikan kulit anda lembab dan lebih segar. Sel kulit lebih cepat di"permudakan" jika pengambilan air mencukupi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit tegang, kering, mengelupas sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih tua.

3. Kurangkan makanan manis

Makanan manis yang berlebihan sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut dikulit anda. Bukan sahaja kedut, gula yang tinggi juga mengundang masalah jerawat. Elakkan makan manisan berlebihan selepas anda makan.



4. Atasi stres segera

Stres kronik boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kronik juga.Anda perlukan rehat yang cukup, ketenangan fizikal dan mental untuk kelihatan awet muda. Jadi jika anda stres, cepat cepatlah atasinya.

5. Amalkan masker pada Kulit tiap minggu dengan menggunakan beberapa bahan seperti dibawah

5.1 Air Didih Nasi
Ambil air didih nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit licin.

5.2 Tomato
Parut sebiji Tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomato sangat bagus untuk hilangkan parut. Biar selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.



5.3 Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

5.4 Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

5.5 Kunyit
Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.


5.6 Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

6. Amalkan mengambil supplement vitamin C

Vitamin C secara umumnya bagus untuk diamalkan untuk kecantikan dan juga kesihatan. 

Kelebihan Vitamin C untuk Kesihatan
-mencegah barah
-pengambilan Vitamin c setiap hari amat digalakan untuk memberi imuniti dan penyembuhan sel 
-melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk -mempercepatkan penyembuhan luka
-memelihara Kesihatan jantung, mencegah darah tinggi stroke, arteriosclerosis

Kelebihan Vitamin C untuk Kecantikan kulit
- merangsang pengeluaran kolagen. 
Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. 
Jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- Mengurangkan parut jerawat & kesan luka
- Merawat masalah jerawat dan jeragat di muka&badan
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini
-memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam
- Menghaluskan, melicinkan dan mencerahkan kulit secara menyeluruh
- Menaikkan seri muka, Memberikan tona kulit yang sekata & cerah (seluruh badan)

Memang tak rugi amalkan vitamin C

Anda hanya perlu makan 1 biji 1 hari memang bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit. Vitamin C yang saya cadangkan ialah







Cara pengambilan Vitamin C

Hanya makan sehari 1 biji ( ambil 30 minit selepas sarapan). Banyakkan minum air kosong 3 liter ke atas, untuk penyerapan supplement yang berkesan. Kurangkan pengambilan minuman berkaffein seperti kopi, neskefe dan minuman bergas kerana ia menganggu penyerapan supplement.

Untuk mendapat kesan yang baik pada kesihatan dan kecantikan, anda perlu amalkan sekurang-kurangnya 1biji vitamin C dos 1000mg setiap hari untuk mendapatkan kesan kulit semakin cantik,tiada cela, jerawat mula mengecut, parut-parut jerawat, jerawat di belakang badan juga turut hilang, juga kesihatan anda dijaga secara menyeluruh

Berminat nak cuba Produk ini?

Pm inbox fb: imah Hmie
Whatsapp: +60199278721
@ click
www.wasap.my/60199278721


::Anda tentu meminati::










 ~ ::: THANK YOU FOR SHOPPING WITH US!! ::: ~ 

No comments:

Post a Comment