Friday, March 24, 2017

Kisah Anak Demam Panas : Cara Menghilangkan Demam Panas

Kisah Anak Demam Panas : Cara Menghilangkan Demam Panas

Kisah anak demam panas pula kali ini. Farah anak ke dua saya, tiba-tiba badan mula panas hari ahad malam. Memangnya normal kalau kanak-kanak demam, tapi kali ne lain macam skit, panas nya sangat-sangat panas. Malam Ahad tu sebelum tidur saya beri ubat demam, tidur sebelah anak, aduihai macam terbakar, panas nya badan...jantung nya laju, berkali kali saya terjaga untuk lap-lap dengan air (tepid sponge) pun belum turun lagi demam, risau pula jadi sawan., malam tu saya buh ubat supp PCM 

Pagi isnin demam masih ada lagi, selera ada lagi. Kakak minta susu, tapi bila minum susu, muntah balik susu nya, berkali kali kakak farah muntah...Aishh..lain macam demam nya, tapi tak dak la kakak farah cirit birit , jadi ini bukan food poisioning. 

Hari selasa masih lagi demam, kali ne selera langsung tiada, tak makan, tak minum, badan masih panas. Malam selasa tu saya ajak husban, "jom la pergi hopital, boleh la tambah air"
Ubat demam kakak farah dah tak mau makan, saya buh ubat dalam punggung aja...supp Voren.


So pergi emergency, jumpa doktor, ambil darah, doktor beri pilihan untuk banyak-banyak minum air kat rumah atau nak admit...Saya pilih untuk kakak farah admit, sebab tau dah, balik rumah ubat mesti tak lalu nak makan, nak minum air apatah lagi..

So admit lah kakak farah...nurse diemergency dah siap-siap buh jarum IV line kat tangan sebab tengok macam ada potensi je nak admit ward.

Alkisahnya farah di ward...3 hari 2 malam, Siang saya jaga tunggu farah, malam pula husban tunggu, 

Gambar sekitar di Ward






Masa ne...dah sembuh skit


 Admit hari selasa malam discharge hari jumaat petang, Dapat ubat demam, antibiotik



Jom la makan vitamin tambahan beli la caliph untuk anak-anak




Berikut ada sedikit cara menghilangkan demam panas

1. Lakukan Pemantauan Suhu Badan Anak

Sentiasa pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer. Elakkan mengagak dengan tangan kerana tangan beradaptasi dengan suhu sekeliling.

Jika menggunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang anda rasa dengan tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.

2. Tanggalkan Pakaian Anak, Elakkan berselimut tebal

Pada fasa permulaan deman, seelokknya di tanggalkan baju dan seluar anak atau jika anak sudah besar pakaikan ia dengan baju nipis yang selesa dan sejuk. Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik, sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.

Jangan sesekali membungkus atau mengenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan membuatkan si kecil berpeluh sekaligus menurunkan suhu badan.

Cara membungkus adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam adalah sukar mengeluarkan peluh.

3. Letak tuala basah pada badan anak

Bagi merendahkan suhu anak, anda boleh letak tuala kecil dibahagian seperti dahi, celak ketiak dan sentiasa menukar tuala tersebut jika ianya sudah kering. Pekara ini sangat membantu untuk menurunkan suhu badan anak-anak dengan cepat.

4. Beri anak makan ubat demam

Sirap paracetamol sangat membantu untuk menurunkan suhu badan anak. Berikan ia mengikut preskripsi biasanya jka ada demam, ia perlu diberi tiap 4 jam sekali.

Namun begitu anda boleh menggunakan ubat supp paracetamol dengan memasukan dalam punggung anak jika suhunya mencecah 39°c.

5. Pergi bawa ke klinik atau hospital

Jika perkara di atas anda telah buat...eloklah bawa anak ke klinik atau hospital, mungkin doktor boleh suggest untuk ubat lain atau masukan air untuk ganti air yang kurang dari badan


Written by Imah Hmie

______________________

SMS/Whatsapp: +60199278721
www.wasap.my/60199278721

pm inbox Fb: imah Hmie

::Anda tentu meminati::













 ~ ::: THANK YOU FOR SHOPPING WITH US ::: ~ 



No comments:

Post a Comment