Wednesday, September 16, 2015

Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat Bagi Ibu Yang Sibuk

Tips Kemas Rumah Mudah Dan Cepat Bagi Ibu Yang Sibuk


Apa aktiviti ibu-ibu menjelang hari minggu esok ne? Tentu salah satunya kemas rumah kan? Maklumlah kalau hari-hari biasa masanya sangat singkat terutamanya bagi ibu yang bekerja. 

Sebenarnya tabiat menangguhkan kemas rumah pada waktu hujung minggu adalah tabiat tak baik. Kalau hujung minggu pun sibuk? Takkan nak kemas rumah sebulan sekali kot. 





Hari ini saya nak sharing tips kemas rumah mudah dan cepat. Buangkan tabiat nak tunggu hujung minggu baru nak kemas rumah. caranya, 6 tips kemas rumah berkesan, buat suami stop bebel dan siap dipuji-puji lagi.





1-Basuh Baju Setiap Hari

Ini paling penting, jangan sesekali biarkan baju kotor menimbun. Kerana sehari tangguh basuh baju, kemungkinan akan bertangguh 2-3 hari lagi.

Dan akhirnya, kain baju kotor berlonggok-longgok. Bukan saja menyemakkan mata, tapi menyesakkan nafas. Juga menyesakkan telinga kena bebel dengan suami.


2-Lipat Baju Setiap Hari

Tips kemas rumah yang juga penting, lipatlah baju setiap hari.
Baju dah kering, angkat dan sumbat dalam bakul. Sebelum tidur, atau sambil-sambil tengok TV lipatlah baju tadi. Tak payah tunggu esok lusa, kononnya hari ini tak sempat.

Tips mudah dan pantas lipat baju, asingkan baju ikut tuan punya baju. Buat target siap melipat dalam masa paling lama satu jam. 
Dah siap lipat, terus angkat masuk ke dalam almari yang berkenaan.


3-Jangan Biar Pinggan Tak Basuh

Walaupun sebiji pinggan, atau sebiji cawan. Dan guna terus basuh.
Jika anda tinggal sebiji, maka berbiji-bijilah pinggan dan cawan yang akan berlonggok dalam sinki.
Tips kemas rumah ini dapat menyelamatkan anda buang masa 1/2 jam untuk cuci pinggan mangkuk yang bersusun di dalam sink.

4-Kemas Dapur Lepas Masak

Lepas masak jangan tinggal dapur kotor. Cepat lap dapur dan basuh peralatan dapur yang dah guna. 
Dapur kotor boleh buat kawasan lain jangkit dengan kotor dan sepahnya. Jadi kemaskan dapur sejurus lepas masak.




5-Kemas Ruang Tamu Setiap Hari

Ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam rumah. Kerana disitulah anda dan juga suami akan duduk bila dia balik kerja.


Susun sofa, kemas mainan anak-anak, dan letak semula benda yang bersepah di tempat asalnya. Juga sapulah atau vacum setiap hari.
Ruang tamu yang kemas akan buat anda kurang stress.



6-Ajar Anak Kemas Mainan

Mainan anak-anak adalah satu benda yang pasti sepah setiap hari. Untuk elakkan anda dari stress dan sakit hati lihat mainan berterabur. Ajar dan ajaklah anak kemas mainan bersama.
Atau boleh juga berikan ganjaran kalau anak menolong. Contoh, upah bagi susu @ makanan yang dia suka. Anak akan excited nak kemas. 




Elakkan marah-marah atau naik suara untuk ajak anak kemas mainan.
Dan buat rule, lepas main mesti kemas balik mainan tadi.

Jadi ibu dan isteri mesti kreatif dalam uruskan rumah tangga. Insyaallah ikut 6 tips kemas rumah di atas, rumah kemas, anda tak stress. Dan paling penting, anda tidak lagi dibebel tak pandai jaga rumah.

Tapi kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Tak guna ada tips kemas rumah sebab tak daya nak ikut kan?

Mungkin sudah sampai masanya anda kena ambil 'sesuatu' untuk elak masalah letih tak tentu hala ni. Bila letih dan penat, semua kerja jadi tertangguh. 

Bolehlah cuba amalkan minuman CMD (concentrated mineral drops) yang terbukti berkesan, memberi tenaga tambahan serta mineral pada kita orang perempuan ne...


Last but not least. Kena amalkan 5S di rumah




1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kita kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu kita perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu kita perlu menerapkan disiplin yang tinggi kepada setiap ahli keluarga.

Dah habis baca tips kemas rumah mudah dan cepat ni? Tunggu apa lagi! Jomlah kita kemas dan cantikkan rumah kita. 

Persekitaran yang bersih dan cantik dapat menghasilkan aura yang positif di rumah kita. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari iman kan? Betul tak?



BERMINAT DENGAN CMD?

100% ORIGINAL



Anda boleh menghubungi saya di: 

  Facebook : Imah Hmie
  Whatsapp/Call: +60199278721

Penghantaran adalah melalui poslaju




SETIAP ITEM YANG DIHANTAR AKAN SAMPAI 
KEPADA PELANGAN DALAM TEMPOH 1 KE 3 HARI dalam TEMPOH WAKTU BEKERJA

6 comments:

  1. Replies
    1. Bagus-bagus kita cuba sebaik-baiknya untuk rumah nampak bersih

      Delete
  2. bagus betul ada tips macam ni. thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama....tips-tips ne sebagai panduan untuk menjadi suri terhebat

      Delete
  3. Anak-anak ni kena maintain lagi didik kemas mainan selepas main..yang besar dah pk tetapi yang kecil perlu lagi diasuh

    ReplyDelete
  4. Mcm mna nk kemas bilik yg pnuh barang ya

    ReplyDelete