Sunday, October 25, 2015

Tips Diet: Minum Air pun Boleh Kurus tau

Tips Diet: Minum Air pun Boleh Kurus tau 

Selalu dengar kan kalau nak diet nak kurus kene minum air banyak. Memang pun boleh kurus kalau anda ikut pesanan ini. Korang nak tahu tak sebab apa? Air sememangnya penting dalam hidupan harian kita sebab 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air.

Kalau tak cukup air, badan kita tak boleh berfungsi dengan baik. Contoh macam kereta. Kalau tak cukup minyak hitam, kereta tu boleh gerak tak? Boleh, tapi tersengguk-sengguk la kot kan? 

Sama juga macam badan kita, kalau tak cukup air, macam-macam masalah kesihatan yang timbul, contohnya sembelit, sakit kepala, kulit kering dan berkedut, masalah jerawat, kulit muka berminyak dan kusam dan yang paling ditakuti, obesiti. OBESITI??? tidaaaaakkk !!!!!




Jom sini nak ceritakan apa yang sebab minum air pun boleh kurus.

1. Air membantu meningkatkan metabolisme dan berasa kenyang
Kalau nak kurus, kita kena faham tentang badan kita dulu. Bagaimana anda senang jadi gemuk, bagaimana nak jadi kurus pulak.

Tahukah anda, punca berat badan naik ialah 70% disebabkan pemakanan dan 30 % disebabkan exercise. Jika anda minum air banyak anda akan rasa lebih kenyang. Air perlulah air kosong, air suam, yang sememangnya zero kalori, membuatkan rasa kenyang jika minum sebelum time makan.



Selain itu air yang cukup, melancarkan proses sel-sel badan beroperasi dengan berkesan dan meningkatkan juga tahap metabolism indivdu yang boleh membantu proses pembakaran lemak.

2. Air mampu mengurangkan stres.
Tahukah anda jika anda minum air kurang, badan dan minda anda juga turut stres dan berasa haus.

Jika anda minum, ia akan mengurangkan rasa dehidrasi, kurangkan stres, dan mengembalikan tahap metabolism untuk sel anda beroperasi serta membakar lemak

3. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat dari sayuran dan buah-buahan, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Tahukah anda sistem penghadaman yang baik, membantu individu menyah toksin kotoran yang ada dalam badan serta mengembalikan kesihatan keseluruhan badan termasuklah sistem metabolism anda. Bila penghadaman kita ok, lancar, baru lah cepat kurus 

 4. Air membantu penyerapan Nutrisi supaya tak cepat letih
Air juga penting untuk pastikan apa yang kita makan diserap dengan elok, jika tidak badan anda akan cepat berasa letih dan lemah. Hal ini tak bagus untuk anda yang nak kurus sebab bila badan tak mendapat cukup nutrisi, badan pun akan kurang tenaga untuk nak bakar lemak.

Oleh itu pastikan anda minum air cukup-cukup supaya apa yang di makan serap nutrientnya dengan lebih baik lancar , jadi anda pun tak letih, metabolism anda pun boleh meningkat sebab tenaga dah dapat dibekalkan dengan baik.Boleh badan nak sambung bakar lemak dan kalori ^__^

5. Kurang air boleh menyebabkan anda Gemuk Air tau!!
Gemuk air bukan bermaksud kita minum terlebih air. Tapi ia bermakna badan kita simpan air. Confuse? Camni. Badan kita telah didesign ada survival skill. Ok bagi analogi lah.
Imagine kite adalah orang zaman dulu yang duduk dalam gua. Bila musim buah datang, kite kumpul makanan banyak- banyak dalam gua, kita makan sikit dan simpan sikit untuk persediaan musim tengkujuh nanti. Musim tengkujuh susah nak cari makanan sebab hujan lebat banjir.

Bila tiba- tiba darurat, kerajaan tak kasi kita keluar cari makanan, kita buat apa dengan makanan kat rumah? Kita makan sikit- sikit lah kan sebab takut habis. Kita takkan habiskan semua makanan., kang habis nak cari mana?

Macam tu lah tubuh kita. Bila kita tak minum banyak air, tubuh kita takut yang tuan aku ni tengah mengalami darurat air ke? Tubuh terima signal dia kena activate survival mode iaitu menyimpan air yang ada dalam badan semaksimum mungkin supaya organ dalam badan dapat berfungsi dengan baik, untuk memastikan kita masih hidup.

Jika Kita pulak masih dengan suka dengan sikap kurang minum air. Kesian tubuh kita sebab jadi confuse, sebab ingatkan air memang tak da so badan kene retain air, kene simpan air. 

Jadi jalan untuk hilangkan gemuk air ialah dengan minum air dengan banyak, supaya tubuh kita terima signal, tuan aku ni ada banyak air, so aku tak yah simpan air dalam badan., aku boleh kasi air ni jalan ke mana saja dia suka. Jadi flow air jadi lancar, tubuh tak simpan apa2 air berlebihan, gemuk air pun dapat di hilangkan ^_^

Ok? Faham tak penjelasan kenapa air membantu kuruskan badan dengan cepat? ;) Kesimpulannya? Sila minum air byk2 kalau nak cepat kurus ;)

Adakah anda minum air dengan cukup?

Haaa, ni soalan cepu emas, Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air atau lebih. Tiap dari kita perlu minum air mengikut carta dibawah.

Jika berat badan lebih, maka air yang kene minum pun lebih. Saya pasti yang tergolong dalam golongan yang mengalami masalah berat badan ialah antara 60kg ke atas, jadi anda kene minum lebih air iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter ke atas 



Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Untuk mereka yang mengamalkan suplemen untuk kesihatan, mereka juga disarankan untuk minum 3 liter air sehari.

Sekarang, apa alasan anda untuk tak minum air? TIADA !!! Selamat minum air semua =) 

Nak tahu apa lagi cara mudah nak kurus? Senang je, jom Click sini: Minum Air alkali boleh kurus dan pantass 


                                  ~~~~Terima kasih kerana mengunjungi Blog ini~~~~~

1 comment: